Friday, January 24, 2014

Projek Southville City, Bangi

Teks : Norlia binti Haris
Gambar : Koleksi peribadi


Hari selasa lepas, saya bersama suami sempat mengunjungi "showhouse" Southville City di Bangi. Projek yang dibangunkan oleh Pemaju Mah Sing memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. 3-4 bulan lepas Southville City melancarkan projek pertama mereka "Savanna" apartment 8 blok dikatakan habis dijual, namun apabila kami tiba di sana kelmarin masih ada unit lagi yang "available". Harga bermula dari RM328,000 hingga RM468,000. Lokasi memang cantik, tepi lebuhraya Utara-Selatan. Ikut perancangan, akan ada satu susur baru khas untuk Southville City ini di antara susur keluar Bangi dan susur keluar Bandar Bukit Mahkota. Bagi kami yang berasal dari selatan tanah air, lokasi Southville City memang menarik sebab amat mudah untuk ke Kuala Lumpur dan balik ke kampung. Projek yang dibina atas 400 ekar lebih tanah ini akan mengambil masa 5-7 tahun untuk disiapkan dan akan dilengkapi dengan bangunan komersial, kawasan perumahan, kawasan rekreasi, masjid, sekolah, balai polis dan pusat membeli belah. Ia akan menjadi bandar baru yang berpotensi besar. 

Namun kami tertarik dengan rumah bertanah (landed property). Jadi pada mulanya memang ingin melihat rumah contoh, rupanya ia belum dilancarkan lagi. Mengikut perancangan, ia akan dilancarkan pada bulan Mac 2014 ini, menurut kata agen hartanah wanita Cina yang melayan kami. Kami agak terkejut apabila diberitahu rumah teres yang paling murah akan bermula dengan harga RM860,000. Rupanya rumah teres 2 1/2 dan 3 tingkat sahaja yang dijual. Dijangka siap 4 tahun lagi. Jadi ia dijual pada nilai masa hadapan (Future Value) tahun 2018 disebabkan itu ia agak mahal. Di mana orang yang berpendapatan sederhana akan tinggal jika semua rumah bermula dengan RM860,000?. Projek hingga 400 ekar tapi tak buat pun rumah kos sederhana atau rumah untuk mereka berpendapatan sederhana? Mana perginya tanggungjawab sosial syarikat besar? Mengapa Majlis Perbandaran Kajang boleh meluluskan projek sebesar itu tanpa memperuntukkan sebahagian tanah untuk golongan berpendapatan sederhana? Itu persoalan yang selalu saya dan suami bincangkan.

Saya positifkan diri. Rezeki Allah pada masa akan datang, kita tak tahu. Jadi disebabkan aura positif suami terus daftar untuk rumah teres yang yang bakal dilancarkan. Southville City! Tunggu kedatangan kami. Semangatnya. Jumpa lagi di entri lain.

Thursday, January 23, 2014

Rumah idaman

Teks: Norlia Haris
Foto: Carian Google



Apa rumah idaman anda? Rumah banglo, rumah teres 2 tingkat, rumah teres 1 tingkat, "semi-D", rumah "corner lot",  condominium, apartment, "pent house" dan pelbagai lagi. Semua orang mempunyai rumah idaman masing-masing. Setiap orang berangan mempunyai rumah berserta perabut, hiasan dalaman dan lanskap tertentu. Rumah adalah sebahagian besar dari kehidupan setiap manusia. Berangan tidak salah kerana ianya PERCUMA dan tidak perlu bayaran. Ia menjadi sumber inspirasi dan motivasi setiap orang untuk mencapai idaman, impian ataupun apa yang diangankan.

Seperti semua orang, saya pun selalu berangan untuk memiliki rumah idaman. Impian saya rumah banglo satu tingkat terdapat 6 bilik, 5 bilik air dengan hiasan dalaman perabut moden seperti hotel dan hiasan luaran yang menenangkan lengkap dengan gondola dan aliran air serta kolam ikan saiz sederhana. Rumah yang lengkap bertembok, ruangan "bbq", keluasan parkir muat 5-6 buah kereta, garaj kereta dan terdapat pejabat mini untuk kegunaan harian. Walaupun bermula dengan berangan, Insya Allah dengan usaha, tawakal dan doa dari rakan-rakan, jiran-jiran, saudara serta keluarga. Impian akan menjadi kenyataan. Amin

Marilah sama-sama mulakan impian. Orang yang tiada impian seolah-olah mati sebelum kematian.

Tuesday, January 21, 2014

Apa yang lama?

Teks: Norlia Haris
Foto: Carian Google


Assalamualaikum. Apa khabar?. Jom! tengok apa yang saya jumpa. Mungkin ada nostalgia yang tidak dapat dilupakan.


 lampu gas atau lampu pam.
Dulu masa saya kecil ada banyak lampu gas macam ni 
 tapi hanya tersimpan di bawah rumah.



 penggiling rempah atau lada 
Sempat bermain-main dengan penggiling batu di rumah arwah nenek 
saya di Muar, Johor.


 seterika arang
pernah lihat secara dekat tapi di mana ye?


tv hitam putih.
dulu di rumah saya pun ada tv macam ni, dah rosak.
Buang tv gantikan dengan akuarium. Kreatifkan?

Ini zaman yang pernah emak saya lalui. Seronok dengar cerita emak bila emak mengimbau kembali zaman kanak-kanak dan remajanya. Ada yang lucu dan ada juga yang amat menyentuh hati. Syukur alhamdulillah, saya dilahirkan ketika zaman sudah punya teknologi, mudah dan segalanya tersedia di depan mata. Tak perlu lagi bersusah-susah mencari arang untuk seterika baju atau berbasikal ke kedai untuk membeli minyak tanah untuk diisi ke dalam lampu gas agar rumah bercahaya di malam hari. Zaman saya segalanya hanya dipetik dihujung jari.

Lagi? apa yang lama?
blog saya kot. Sudah lama tiada entri baru. Hahaha.

Friday, January 3, 2014

Apa itu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gains Tax (RPGT)?

Teks: Norlia Haris
Foto: Carian Google



Real Property Gains Tax (RPGT) atau Cukai Keuntungan Harta Tanah  (CKHT)

Selepas Bajet 2014 dibentangkan, ramai yang bertanya dan mengeluarkan pendapat tentang CKHT atau RPGT di facebook, forum-forum, blog dan akhbar. Ramai yang merungut tentang kenaikan RPGT @ CKHT ini. Namun sebenarnya ramai yang kabur tentang maksud sebenar CUKAI ini.

Cukai ini dikenakan apabila kita MENJUAL hartanah, tidak kisah samada rumah, tanah, kilang ataupun bangunan. Dan cukai yang dikenakan adalah 30% dari hasil keuntungan pada tahun pertama hingga ketiga. Bermaksud jika kita membeli rumah pada harga RM200,000 kemudian selepas tahun ke-2 kita menjual pada harga RM350,0000 kita mengaut keuntungan kasar RM150,000. Dan cukai RPGT @ CKHT akan dikenakan sebanyak 30% atau RM45,000 (Dengan andaian tiada kos lain yang dibuat atas hartanah). Maka keuntungan bersih adalah hanya RM105,000 sahaja. Sebab itu ramai yang merungut adalah PELABUR. Bagi yang membeli untuk tinggal sendiri tidak perlu risau pasal RPGT ini sebab tiada urusan pengambilan untung pantas dibuat.

Sila lihat perbandingan kadar RPGT @ CKHT sebelum ini. Untuk individu:

Pada tahun 2013 dimana hartanah yang dipegang selama 1-2 tahun, cukai hanya dikenakan 15%, pegangan 3-4 tahun dikenakan 10%, pegangan 5 tahun ke atas percuma atau 0%.
Manakala pada Tahun 2014, hartanah yang dijual semula selepas 1-3 tahun cukai dikenakan 30%, 4 tahun 20%, 5 tahun 15% dan hanya 6 tahun ke atas percuma.

Cukai ini adalah untuk membendung spekulasi, kenaikan harga rumah melampau, kapitalis, pengaut keuntungan cepat, aktiviti "flipping" dan pelabur yang mengambil kesempatan atas hartanah di Malaysia. Jadi kenaikan CKHT @ RPGT ini ada yang suka dan ada yang tidak suka bergantung kepada siapa anda.

Thursday, January 2, 2014

Selamat datang 2014

Teks: Norlia Haris
Foto: Carian Google




Assalamualaikum.
Selamat menyambut tahun baru, semangat baru, azam baru, matlamat baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas :)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas seperti berikut:-

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih kurang tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :
Facebook: aliaharis_biz@yahoo.com
email : pn.norliaharis@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...