Friday, January 24, 2014

Projek Southville City, Bangi

Teks : Norlia binti Haris
Gambar : Koleksi peribadi


Hari selasa lepas, saya bersama suami sempat mengunjungi "showhouse" Southville City di Bangi. Projek yang dibangunkan oleh Pemaju Mah Sing memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. 3-4 bulan lepas Southville City melancarkan projek pertama mereka "Savanna" apartment 8 blok dikatakan habis dijual, namun apabila kami tiba di sana kelmarin masih ada unit lagi yang "available". Harga bermula dari RM328,000 hingga RM468,000. Lokasi memang cantik, tepi lebuhraya Utara-Selatan. Ikut perancangan, akan ada satu susur baru khas untuk Southville City ini di antara susur keluar Bangi dan susur keluar Bandar Bukit Mahkota. Bagi kami yang berasal dari selatan tanah air, lokasi Southville City memang menarik sebab amat mudah untuk ke Kuala Lumpur dan balik ke kampung. Projek yang dibina atas 400 ekar lebih tanah ini akan mengambil masa 5-7 tahun untuk disiapkan dan akan dilengkapi dengan bangunan komersial, kawasan perumahan, kawasan rekreasi, masjid, sekolah, balai polis dan pusat membeli belah. Ia akan menjadi bandar baru yang berpotensi besar. 

Namun kami tertarik dengan rumah bertanah (landed property). Jadi pada mulanya memang ingin melihat rumah contoh, rupanya ia belum dilancarkan lagi. Mengikut perancangan, ia akan dilancarkan pada bulan Mac 2014 ini, menurut kata agen hartanah wanita Cina yang melayan kami. Kami agak terkejut apabila diberitahu rumah teres yang paling murah akan bermula dengan harga RM860,000. Rupanya rumah teres 2 1/2 dan 3 tingkat sahaja yang dijual. Dijangka siap 4 tahun lagi. Jadi ia dijual pada nilai masa hadapan (Future Value) tahun 2018 disebabkan itu ia agak mahal. Di mana orang yang berpendapatan sederhana akan tinggal jika semua rumah bermula dengan RM860,000?. Projek hingga 400 ekar tapi tak buat pun rumah kos sederhana atau rumah untuk mereka berpendapatan sederhana? Mana perginya tanggungjawab sosial syarikat besar? Mengapa Majlis Perbandaran Kajang boleh meluluskan projek sebesar itu tanpa memperuntukkan sebahagian tanah untuk golongan berpendapatan sederhana? Itu persoalan yang selalu saya dan suami bincangkan.

Saya positifkan diri. Rezeki Allah pada masa akan datang, kita tak tahu. Jadi disebabkan aura positif suami terus daftar untuk rumah teres yang yang bakal dilancarkan. Southville City! Tunggu kedatangan kami. Semangatnya. Jumpa lagi di entri lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...