Tuesday, December 17, 2013

Penangan Ubat

Teks: Norlia Haris
Foto: Koleksi Peribadi





Seharian saya tidak mampu berbuat apa-apa. Mengantuk yang amat sangat. Pagi tadi suami menghantar saya dan anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, hanya batuk dan selesema biasa. Doktor yang merawat saya dan anak juga sangat baik melayan kami. Menerangkan satu per satu dengan jelas pertanyaan kami, suami isteri. Setelah selesai membayar harga ubat, kami menghantar anak ke taska dan kemudiannya kami menuju ke pejabat.

Setelah menelan ubat, dalam masa setengah jam saya sudah rasa kesannya. Memang tadi doktor ada kata yang saya akan rasa sedikit mengantuk tetapi sedikit mengantuk itulah yang membuatkan saya tidak mampu membuka mata. Jadi, hari ini waktu pejabat menjadi waktu tidur saya. Nyaman tanpa gangguan. Maaf ya bos!.

Malam ni anak saya awal-awal lagi sudah tidur penangan ubat selesema yang saya beri. Biasa waktu-waktu begini dia masih aktif bermain. Saya pula masih berkira-kira untuk menelan ubat selesema. Mahu makan ubat ke tidak?.


2 comments:

  1. Take care Alia. Rehat secukupnya lepas sembuh boleh gerak gempur :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak :) In shaa Allah, Alia tgh cuba menyusun jadual. Masih terkedek-terkedek...heeee....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...