Friday, January 3, 2014

Apa itu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gains Tax (RPGT)?

Teks: Norlia Haris
Foto: Carian Google



Real Property Gains Tax (RPGT) atau Cukai Keuntungan Harta Tanah  (CKHT)

Selepas Bajet 2014 dibentangkan, ramai yang bertanya dan mengeluarkan pendapat tentang CKHT atau RPGT di facebook, forum-forum, blog dan akhbar. Ramai yang merungut tentang kenaikan RPGT @ CKHT ini. Namun sebenarnya ramai yang kabur tentang maksud sebenar CUKAI ini.

Cukai ini dikenakan apabila kita MENJUAL hartanah, tidak kisah samada rumah, tanah, kilang ataupun bangunan. Dan cukai yang dikenakan adalah 30% dari hasil keuntungan pada tahun pertama hingga ketiga. Bermaksud jika kita membeli rumah pada harga RM200,000 kemudian selepas tahun ke-2 kita menjual pada harga RM350,0000 kita mengaut keuntungan kasar RM150,000. Dan cukai RPGT @ CKHT akan dikenakan sebanyak 30% atau RM45,000 (Dengan andaian tiada kos lain yang dibuat atas hartanah). Maka keuntungan bersih adalah hanya RM105,000 sahaja. Sebab itu ramai yang merungut adalah PELABUR. Bagi yang membeli untuk tinggal sendiri tidak perlu risau pasal RPGT ini sebab tiada urusan pengambilan untung pantas dibuat.

Sila lihat perbandingan kadar RPGT @ CKHT sebelum ini. Untuk individu:

Pada tahun 2013 dimana hartanah yang dipegang selama 1-2 tahun, cukai hanya dikenakan 15%, pegangan 3-4 tahun dikenakan 10%, pegangan 5 tahun ke atas percuma atau 0%.
Manakala pada Tahun 2014, hartanah yang dijual semula selepas 1-3 tahun cukai dikenakan 30%, 4 tahun 20%, 5 tahun 15% dan hanya 6 tahun ke atas percuma.

Cukai ini adalah untuk membendung spekulasi, kenaikan harga rumah melampau, kapitalis, pengaut keuntungan cepat, aktiviti "flipping" dan pelabur yang mengambil kesempatan atas hartanah di Malaysia. Jadi kenaikan CKHT @ RPGT ini ada yang suka dan ada yang tidak suka bergantung kepada siapa anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...